DEWAN SRI PAPAR
Kompleks Lembaga Tabung Haji Sabah, Kota Kinabalu
30 Okt - 02 Nov 2010
Kursus Kepimpinan Berkesan Penolong Pegawai Farmasi Gred U32 - U40 bagi Zon Sabah dan Sarawak telah diadakan pada tarikh tersebut diatas.
Kursus ini adalah anjuran Bahagian Perkhidmatan Farmasi,
Kementerian Kesihatan Malaysia.
OBJEKTIF KURSUS :
- Meningkatkan kefahaman tentang kaedah pengurusan/penyeliaan yang cekap dan berkesan
- Meningkatkan kefahaman tentang fungsi pengurusan dan kepimpinan dalam organisasi
- Menekankan aspek-aspek motivasi dan nilai-nilai murni yang perlu ada bagi setiap penjawat awam
- Menekankan aspek-aspek cara menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
Penceramah kursus adalah dari INTAN Sabah dan topik-topik adalah seperti berikut :
- Pengenalan Organisasi & Konsep Kepimpinan
- Kaunseling dan Motivasi Dalam Perkhidmatan Awam
- Peranan dan Tanggungjawab Penyelia dan Strategi Penyeliaan Berkesan
- Ketrampilan Diri
- Cabaran dan Pembangunan Profesion
- Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam
- Komunikasi Berkesan
Para peserta telah diminta untuk membincangkan "Kajian Kes" dan membuat perbincangan kumpulan sebelum membuat persembahan kumpulan.
No comments:
Post a Comment