Monday, November 1, 2010

Mesyuarat Exco PPF Sabah - Kompleks Tabung Haji, Kota Kinabalu


Persatuan Pembantu Farmasi Sabah
( 1729-07-SBH )
Alamat Pos :
Peti Surat No. 30452
Pejabat Pos Beverly
88300 Kota Kinabalu

Bahagian Perkhidmatan Farmasi,
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah,
Jalan Mat Salleh,
88000 Kota Kinabalu,
Sabah.


Mesyuarat Exco Persatuan telah diadakan di Kompleks Tabung Haji, Kota Kinabalu pada 01 November, 2010 jam 04:00 petang.
Exco Persatuan yang kebetulan menghadiri Kursus Kepimpinan Berkesan bagi PPF U32 - U40 Zon Sabah dan Sarawak telah mengambil kesempatan untuk membuat perjumpaan / mesyuarat Exco.
Antara cadangan yang diutarakan dan diperbincangkan  ialah :
1. Cadangan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada awal tahun 2011.
2. Cadangan untuk pembahagian Zon mengikut Kawasan iaitu : Pantai Barat Utara / Sandakan / Tawau /  Pedalaman Atas dan Pedalaman Bawah dan perlantikan ketua Exco Kawasan.

Terdahulu Exco Persatuan dan semua peserta dari negeri Sabah telah diberikan taklimat berhubung cadangan untuk mengujudkan Buletin Persatuan dengan kerjasama sebuah syarikat I Search Marketing.
Semua ahli telah memberikan kerjasama dalam sesi dialog dan perbincangan bersama wakil syarikat.
Cadangan ini akan diperbincangkan lagi secara teliti dan keputusan hanya akan dibuat setelah setiap aspek dikaji dan dipersetujui oleh Exco dan pandangan dari semua ahli Persatuan.






1 comment: